Technopreneur Awareness Program Pahang 2008

Panggilan untuk pemilihan diadakan secara besar-besaran di mana panggilan terakhir peserta diadakan di Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) pada 13 Januari 2008.
Taklimat selama setengahari iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Antara isi kandung taklimat adalah berkenaan MDeC dan juga preseed fund grant sebanyak RM150,000.00 untuk peserta yang berjaya menampilkan satu idea perniagaan yang berteraskan ict. Tugas mereka adalah untuk melahirkan bakal-bakal usahawan tekno di Malaysia dengan syarikat yang mempunyai status MSC.

Diakhir sesi peserta dikehendaki menjalani satu ujian ala-ala menduga akal untuk pemilihan ke peringkat seterusnya di mana peringkat kedua.

  • Peringkat Pertama - taklimat setengahari > pemilihan peserta untuk ke peringkat kedua.
  • Peringkat Kedua - Kursus selama 5 hari > peserta dikehendaki menghantar 1 idea perniagaan. Peserta yang terpilih akan diserapkan ke peringkat seterusnya.
  • Peringkat Ketiga - 90 Hari inkubator di Pusat Bimbingan Usahawan Negeri Pahang yang terletak di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, Kuantan. > Peserta diberi tunjukajar untuk menggilap idea perniagaan yang dihantar tempoh hari.
Bersambung ke post seterunya...